|
PROFESOR DR. BADHRULHISHAM BIN ABDUL AZIZ
|
Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan saudara/i semua ke portal kami. Portal ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk berkongsi maklumat peranan, fungsi dan aktiviti utama JHEAA. JHEAA adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal akademik dan pengantarabangsaan Universiti. Akademik adalah merupakan tunjang utama sesebuah universiti, manakala pengantarabangsaan adalah suatu agenda yang sangat mencabar, terutama bagi sesebuah Universiti seperti UMP. Sesuai dengan peranan tersebut, maka JHEAA berperanan untuk merealisasikan hasrat UMP dalam melahirkan graduan yang bersifat futuristik, berfikiran baharu dan bertatasusila tinggi serta mampu bersaing di peringkat global dan bijak meneroka peluang di arena antarabangsa.
Akhir kata salam hormat dari saya dan gunakanlah peluang melayari portal ini untuk perkara yang bermanfaat dan hindarkan dari sebarang penyalahgunaan. Salam Hormat. |




Facebook Unit LI











