JHEAA - Official Portal

ACADEMIC & INTERNATIONAL AFFAIRS DEPARTMENT

Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA) adalah merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal akademik dan pengantarabangsaan Universiti. Ia merangkumi pelbagai aspek akademik termasuk program yang ditawarkan, pembangunan pelajar dan staf akademik.
 
Sebelum penubuhan JHEAA pada bulan Januari 2006, jabatan ini merupakan sebuah entiti yang lebih kecil iaitu Pejabat Timbalan Rektor (Akademik) yang bertanggungjawab mengurustadbir hal ehwal akademik Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM).  JHEAA diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Pada peringkat awal penubuhan, jabatan ini mempunyai 6 buah pusat / unit / bahagian yang terdiri daripada:-
 
1.    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
 
2.    Pusat Pembangunan Staf Akademik (ASDC)
 
3.    Pusat Perkhidmatan Akademik (PPA)
 
4.    Pusat Pengajian Siswazah (PPS)
 
5.    Unit Antarabangsa (UA)
 
6.    Unit Jaminan Kualiti Akademik (UJKA) 


Sejajar dengan perkembangan Universiti, pada bulan Januari 2009 jabatan ini telah distrukturkan semula kepada tiga (3) buah Pusat yang masing-masing bernaung di bawah JHEAA. Penstrukturan ini adalah selaras dengan perkembangan dan pembangunan akademik Universiti serta ke arah pemantapan organisasi. Tiga (3) pusat tersebut adalah:
 
1.    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
 
2.    Pusat Pembangunan & Jaminan Kualiti Akademik (CAQADe)
 
3.    Pusat Pembangunan & Perkhidmatan Akademik (PPPA)
 
Setiap pusat tersebut diketuai oleh seorang Pengarah / Penolong Pendaftar dengan dibantu oleh beberapa orang staf sokongan.  


Selaras dengan perkembangan Universiti,pada bulan januari 2010 jabatan ini telah distrukturkan semula kepada dua (2) buat pusat yang masing-masing bernaung dibawah JHEAA.Penstruktur ini adalah selaras dengan pembangunan akademik dan meningkatkan daya saing organisasi. Dua (2) pusat tersebut adalah:

1.   Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

2.   Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (CAIC)

2012 menyaksikan pengstrukturan semula jabatan dengan kemasukan satu (1) pusat yang bernaung di bawah JHEAA.Penstrukturan ini selaras dengan dengan perkembangan akademik Universiti Malaysia Pahang.Dengan kemasukan PTJ tersebut menjadikan JHEAA mempunya tiga (3) pusat.

1.   Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

2.   Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (CAIC)

3.   German Academic Career Centre (GACC)