JHEAA - Official Portal

JABATAN HAL EHWAL
AKADEMIK & ANTARABANGSA

Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke Portal Kami.

Portal ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan peranan dan fungsi utama JHEAA.

Saya berharap dengan melayari portal ini anda mendapat suatu informasi yang berguna demi memastikan kecemerlangan Universiti.

JHEAA adalah merupakan sebuah Jabatan yang bertangungjawab ke atas Hal Ehwal Akademik dan pengantarabangsaan Universiti.

Akademik adalah merupakan tunjang utama sesebuah Universiti, manakala pengantarabangsaan adalah satu agenda yang sangat mencabar,

terutama bagi sebuah Universiti seperti UMP. Sesuai dengan peranan tersebut,Maka UMP harus mempelopori dalam melahirkan graduan yang bersifat futuristik,

berfikiran baharu dan bertatasusila tinggi serta mempu bersaing di peringka global dan bijak meneroka peluang di arena antarabangsa.

Justeru, dengan peranan yang dimainkan oleh seluruh warga JHEAA khususnya dan UMP amnya maka hasrat Universiti untuk menjadi

sebuah Universiti Teknikal bertaraf Dunia dapat direalisasikan. Kolaborasi antara semua fakulti/ pusat akademik dalam memacu kecemerlangan akadermik Universiti

mampu melahirkan graduan yang berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Oleh yang demikian, dengan adanya Portal ni maka semua pihak dapat memahami peranan sebenar yang dimainkan oleh Jabatan ini.

Saya mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina bagi sebarang usaha penambahbaikkan terhadap portal ini.

Akhir kata, salam hormat dari saya dan gunakanlah peluang melayari portal ini untuk perkara yang bermanfaat dan hindarkan dari sebarang penyalahgunaan.

Salam Hormat.