JHEAA - Official Portal

JABATAN HAL EHWAL
AKADEMIK & ANTARABANGSA

VISI
       
Menjadi sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam memacu kecemerlangan akademik Universiti untuk menjadi Universiti Teknikal bertaraf dunia


MISI

Beriltizam untuk merancang, membangun dan memantapkan pelaksanaan program akademik dan hubungan kerjasama antarabangsa selaras dengan visi dan misi Universiti bagi memenuhi aspirasi negara


OBJEKTIF

  • Merancang, membangun dan memantapkan program-program akademik supaya sejajar dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi  Negara
  • Merancang dan menyelaras penyusunan semula Fakulti / Pusat Akademik dalam usaha memperkembangkan program akademik sesuai dengan perancangan Universiti.
  • Menjalinkan hubungan kerjasama akademik dengan Institusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara
  • Meningkatkan mutu pencapaian dan prestasi akademik graduan melalui pengwujudan program akademik yang berkualiti
  • Memperluas dan menambah pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat melalui khidmat komuniti kakitangan akademik Universiti