JHEAA - Official Portal

JABATAN HAL EHWAL
AKADEMIK & ANTARABANGSA



Apakah peranan Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa ?

Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA) merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab kepada hal ehwal akademik dan pengantarabangsaan Universiti merangkumi aspek program yang ditawarkan, pelajar dan staf akademik. Buat masa ini terdapat tiga (3) buah Pusat / Pejabat yang bernaung di bawah Jabatan ini iaitu :

a)     Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

b)    Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik (CAIC) – http://caic.ump.edu.my/

c)     Pusat Akademik & Kerjaya Jerman (GACC) - http://gacc.ump.edu.my/

Apakah peranan dan jawatankuasa yang diuruskan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa ?

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) berperanan dalam mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran dan kewangan Jabatan disamping bertanggungjawab dalam menyelaras segala urusan penyediaan laporan dan maklumat berkenaan pengurusan akademik dan hal ehwal antarabangsa Universiti kepada pihak-pihak yang berkenaan. 

Antara jawatankuasa yang diuruskan oleh Pejabat ini adalah :

a)     Jawatankuasa Perancangan & Pembangunan Akademik – bersidang setiap 2 bulan sekali @ 6 kali setahun.
b)    Jawatankuasa Teknikal Universiti – bersidang apabila ada keperluan
c)     Jawatankuasa Induk Syarahan Umum Universiti – bersidang setiap 4 bulan sekali @ 3 kali setahun
d)    Jawatankuasa Kerja Akademik & Antarabangsa MTUN – bersidang setiap 4 bulan sekali @ 3 kali setahun
e)     Jawatankuasa / Task Force yang ditubuhkan oleh Timbalan Naib Canselor dari masa ke semasa (mengikut keperluan)


Bagaimanakah Siri Syarahan Umum Universiti diadakan ?

Syarahan Umum Universiti adalah merupakan satu program yang terancang bertujuan untuk menyalurkan dan menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat. Program ini telah dijadikan pengisian dalam menyemarakkan aktiviti dan tradisi keilmuan di UMP. Terdapat tiga bentuk Siri Syarahan Umum yang dilaksanakan oleh UMP iaitu :

a)     Siri Syarahan Umum Profesor
b)    Siri Syarahan Umum Kebangsaan
c)     Siri Syarahan Umum Antarabangsa

Maklumat berkaitan Prosedur dan Garis Panduan pelaksanaan program ini boleh dirujuk melalui E-Portal di http://www.ump.edu.my/pekeliling/jheaa.htm


Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat tentang program pengajian di UMP ?

Semua maklumat berkaitan dengan program pengajian di UMP boleh dirujuk melalui Portal / Laman sesawang berikut :

Program Pra Siswazah : http://bpa.ump.edu.my/
Program Pengajian Siswazah : http://ips.ump.edu.my/
Pembelajaran Sepanjang Hayat : http://cenfed.ump.edu.my/

Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat tentang pengantarabangsaan di UMP ?

Semua maklumat berkaitan dengan pengantarabangsaan di UMP boleh dirujuk melalui Portal / Laman sesawang berikut :

Pejabat Antarabangsa  : http://io.ump.edu.my/