JHEAA - Official Portal

ACADEMIC & INTERNATIONAL AFFAIRS DEPARTMENT

JAWATANKUASA PERANCANGAN & PEMBANGUNAN AKADEMIK (JPPA)

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan & Pembangunan Akademik (JPPA) bertanggungjawab:

  1. dalam menyediakan kursus pengajaran, mengadakan peperiksaan serta membuat peruntukan untuk penyelidikan;
  2. menerima masuk pelajar dari dalam atau luar Malaysia untuk apa-apa kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti;
  3. Mengiktiraf ijazah dan diploma institusi tinggi yang lain, bagi maksud  memasuki kursus pengajian dan peperiksaan universiti dan juga mengurniakan ijazah yang lebih tinggi kepada pemegang ijazah atau diploma mengikut syarat sebagaimana yang ditetapkan;
  4. untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademik dan Institut dan Jabatan, Unit atau badan di bawah Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademik dan Institut;
  5. untuk membentuk dasar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan yang dijalankan di dalam oleh atau dari universiti;
  6. untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus pengajian yang diadakan di dalam oleh atau dari universiti;
  7. untuk menggubal dasar bagi melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan professional;
  8. untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau hendak dijalankan.

Ahli Mesyuarat JPPA terdiri daripada:

  1. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa ) - Pengerusi
  2. Semua Dekan Fakulti atau wakil dari kalangan Timbalan Dekan Fakulti (Akademik)
  3. Dekan atau wakil Timbalan Dekan (Akademik) Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK)
  4. Dua (2) orang ahli senat di bawah kategori Profesor sepenuh masa
  5. Pengarah Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik (CAIC)
  6. Pengarah Pusat ko Kurikulum
  7. Pengarah atau wakil Pengarah Pusat Keusahawanan
  8. Wakil Senat di dalam hal Ehwal Pengajian Sepanjang hayat (PSH)
  9. Semua Timbalan Pengarah CAIC (Ko-opt)
  10. Timbalan Pendaftar/Ketua Pentadbir BPA (Ko-opt)
  11. Timbalan Pendaftar/Ketua Pentadbir JHEPA (Ko-opt)

Takwim Mesyuarat